Monday, 7 September 2015

PUISI CINTA UNTUK SI DIA

Ke kiri ku buntu ,
Ke hutan ku hilang ,
Ke timur ku kosong.

Aku terus bosan dan tertekan ,
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku ,
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai.

Warnaku biru ,
Jiwaku rindu .

Menunggu cintaku ,
Umpama si buta yang melihat syurga .

Umpama lampu,
Yang berbunyi hitam .

Lalu menunggu aku terus ,
Kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari .

Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan .

Seperti mahu saja aku mengejar ,
Gunung yang besarnya tidak terdakap.

Seperti juga rindu aku pada ... ,
Kini harus  aku harus menunggu ,
Atau hilang di lambung ombak karam di lautan berduri . 


No comments:

Post a Comment