Sunday, 6 September 2015

GLYCEMIC INDEX

Selalu sangat rasanya mendengar tentang glycemic index. Ramai yang tertanya-tanya, binatang apakah itu? Apa kaitannya dengan karbohidrat? Apa gunanya dalam diet harian? Glycemic index (GI) bagaimana yang elok dan sebagainya.
Glycemic index adalah sukatan kepada kesan karbohidrat ke atas paras gula dalam darah. Berapa cepat ianya dihadamkan atau berapa lambat ianya diproses. Dalam bahasa mudah, lagi tinggi glycemic index, lagi cepat ianya dihadamkan, manakala lagi rendah glycemic index, lagi lambat ianya dihadamkan. Konsep glycemic index ini dekenalkan oleh Dr. David J. Jenkins dan pasukannya sekitar tahun 1980-1981 di Universiti Toronto untuk mengkaji makanan terbaik untuk pesakit diabetis. Sejak 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini, baru mula disebut-sebut di Malaysia.
Apa gunanya glycemic index ini?
Pertama sekali, dalam keadaan yang biasa dimana tiada keperluan tenaga segera, seeloknya amik yang rendahglycemic index, manakala di saat memerlukan seperti selepas latihan, ambil yang tinggi glycemic index. Seseorang yang mengalamihypoglycemia juga seeloknya ambil yang tinggi glycemic index.
Adakah glycemic index boleh diubah?
Ya, dengan menambah bahan dalam masakan, mungkin akan merendahkan glycemic index. Sebagai contoh, penambahan lemak atau serat boleh menyebabkan penghadaman menjadi perlahan. Walau bagaimana pun, glycemic index asal pada bahan tidak berubah.
Apa kebaikan penghadaman perlahan?
Jika mengambil makanan atau minuman tinggi glycemic index seperti air bergula, apabila mencecah satu tahap minima kepekatan gula dalam darah dimana orang normal secara puratanya 5g glukosa, insulin akan dirembeskan. Apabila insulin dirembeskan, karbohidrat berlebihan akan disimpan. Sasaran pertama di kilang-kilang glikogen dan apabila penuh, akan disimpan sebagai lemak. Manakala makanan rendahglycemic index akan dihadam secara berperingkat sehingga badan ‘mungkin’ tidak perlu merembeskan insulin seperti yang dirembeskan pada makanan tinggi glycemic index.
Apa kebaikan glycemic index?
– Rendah GI membantu dalam menurunkan berat badan
– Rendah GI meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin
– Rendah GI membantu dalam sakit diabetis jenis 2
– Rendah GI mengurangkan risiko sakit jantung
– Rendah GI membantu mengurangkan kolestrol dalam darah
– Rendah GI mengurangkan rasa lapar dan kecenderungan makan banyak
– Tinggi GI membantu dalam pemulihan tenaga selepas latihan
Apa itu pula glycemic load (GL)?
Kebanyakan gula-gula ada glycemic index yang tinggi tetapi dengan memakan satu biji gula-gula akan memberi sedikit kesan glycemic. Kenapa? Kesan glycemic juga bergantung kepada jenis dan kuantiti karbohidrat yang diambil. Konsep ini dikenali sebagai glycemic load. Ia dipopularkan oleh Dr. Walter pada tahun 1997.
GL = GI/100 x Berat bersih karbohidrat
Glycemic Index untuk beberapa jenis makanan yang biasa diambil

No comments:

Post a Comment